Saturday, 20 August 2011

CINTA ...... ^___^

Salam....
Kali ini ieda nak bercerita tentang hati yang terluka kerana seorang lelaki...

TENTANG HATI YANG TERLUKA KERANA SEORANG LELAKI

Hidup ini tidak menjanjikan kebahagiaan semata-mata. Maka, terluka oleh orang lain adalah salah satu cabang daripada ujian ALLAh Ta’ala. Dan cara disakiti oleh orang lain itu pula dengan cara yang berbeza-beza. Mungkin pada sindiran, mungkin dengan cara memburukkan atau mengumpat dibelakang, atau macam-macamlah cara.

Dan oleh kerana manusia itu juga namanya adalah manusia, sebagai insan biasa, rasa sakit hati itu pastinya hinggap di dalam diri. Apabila sakit hati, hati mula membenci.



 Kadang-kadang sebahagia mana pun pasangan kekasih/suami isteri, pasti akan ketemu titik konflik dalam perhubungan. Keretakan hubungan menjadi rempah ratus kebahagiaan hidup. 

Cuma yang menjadi sia-sia, jika seorang perempuan menangis kerana seorang lelaki yang belum halal baginya. Dan yang paling menghairankan, bagaimana kerasnya hati seorang lelaki boleh menangis kerana seorang perempuan?

Ya! Sekeras mana pun hati, hati boleh menjadi amat terluka apabila salah satu pasangan yang disayanginya meminta clash ataupun bermain kayu tiga. Tidak berlaku jujur dan mempermainkan perasaan cinta pasangannya. Sudah terlalu banyak wang yang telah dilaburkan untuk keluar dating, top up hp setiap hari, membeli hadiah, dan sebagainya semata-mata untuk menarik perhatian dan ingin dihargai atau sebagai tanda menghargai si dia.

 Bukankah amat meletihkan bercinta sedemikian?

 Bukankah bercinta selepas nikah lebih seronok?

 BERCINTA SELEPAS KAHWIN

Setiap perbuatan yang kita lakukan untuk si dia bukan sahaja mendapat balasan cinta si dia, malah cinta Allah yang terlalu mahal.

 Jadi, jika kita sudah "fall in love", pastikan apakah cinta itu kerana Allah atau kerana nafsu. Kalau cinta itu kerana Allah, kita akan bertambah khusyuk di dalam sembahyang dan bertambah ibadah. Tetapi kalau cinta itu semakin menambahkan maksiat, bermakna cinta itu didorong oleh nafsu

Antara doa yang digalakkan untuk diamalkan : 

" Ya Allah, Kurniailah aku cinta- Mu dan cinta orang yang cinta kepada-Mu dan cinta orang yang cinta kepada orang yang boleh hampir kepada-Mu dan jadikan cinta terhadap Engkau (Ya Allah) terlebih aku cintai daripada air yang sejuk"


Doa ini wajar diamalkan supaya kita faham erti cinta yang menjadikan kita cinta kepada Allah atau menjadikan cinta kepada orang yang hampir dengan Allah. Jika seseorang itu cinta kepada manusia, ia mestilah cinta yang boleh menghampirkan diri kepada Allah.


Terima kasih kerana sudi membaca... ^__^
Salam .....


No comments:

Post a Comment

SALAM CAYUNK !!
NAK KOMEN???
KOMEN JEWW....
TAKDE HAL LA...
LAGI IEDA SUKE ADE LAA...
^ ____ ^