Salam and hello hello frenzz....
okeyh,,merujuk title ieda malam nieyh....ieda ingat nak citer something kat korunk...iaitu 3 soalan orang mukmin....
*****************************************************************
Alkisahnye begini.....
Ada sorang mukmin nieyh yang tidak mempercayai bahawasanya Allah itu wujud telah memutuskan untuk bertanyakan 2 soalan kepada seorang yang beriman....so,,dia pon pegikk laa jumpa orang yang beriman tuhh....and then dia tanyakan 3 soalan iaitu :
1. Kenapa orang percaya bahawa Allah itu ada sedangkan kita tak nampak pun Allah ?
2. Kenapa orang percaya bahawa takdir itu ada sedangkan kita tak nampak pun takdir tuhh ?
3. Kenapa Allah letakkan syaitan dalam neraka bila kiamat nanti sedangkan syaitan pun diperbuat daripada api ?
Dan tanpa di sangka orang beriman tu pun lalu menampar orang mukmin tu...
Lalu orang mukmin tersebut bertanya kehairanan.
Orang mukmin :Kenapa tuan tampar saya ?
Orang beriman :Kenapa ? Tuan rasa sakit kew ?
Orang mukmin :Mesti la sakit...
Orang beriman :Mana sakit tu saya tak nampak pun...
Tersentak orang mukmin tersebut apabila mendengar kata-kata orang beriman tersebut.Lalu orang orang beriman berkata.
Orang beriman :Begitulah juga dengan Allah.Awak kena ingat,tidak semestinya
kita kena percaya apa kita nampak ja.Ada benda tak nampak
yang harus kita percaya gak.Awak ada mimpi yang awak akan
kena tampar tak ?
Orang mukmin :Tak.
Orang beriman :Itulah takdir.Jika awak dah tahu apa yang akan jadi hari ini,itu
bukan takdir namanya.Saya nak tanya,awak kata awak rasa
sakit kan tadi rasa tamparan saya ?
Orang mukmin :Eh,mestilah sakit.
Orang beriman :Dan saya nak tanya,tangan saya diperbuat daripada apa dan
pipi awak diperbuat daripada apa ?
Orang mukmin tersebut pun berfikir sejenak....lalu dia menjawab
Orang mukmin :Tangan awak daripada tanah dan pipi saya pun daripada tanah.
Orang beriman :Lihat ! Tangan saya diperbuat daripada tanah dan
pipi awak diperbuat daripada tanah.Bukan kah ianya dari jenis
bahan yang sama tapi kenapa awak masih rasa sakit ?
Orang mukmin tersebut tersentak dan tidak menyangka akan perkara tersebut.Lalu orang beriman tadi pun menyambung.
Orang beriman :Begitulah juga syaitan dan api neraka.Walaupun mereka
berasal dari bahan yang sama tapi syaitan tetap akan rasa
sakit.Lihat ! Betapa hebatnya kuasa Allah.
*****************************************************************
Haa.......... begitulah kisahnya....okeyh la...itu jew untuk malam nieyh...salam ..tata ^_^